Posts

Pagi nan indah, di kafe Mak

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Hi friends ! Assalamualaikum. Hari ni lepas je solat Subuh. Aku terus bersiap, nak keluar cari makan sambil tu hirup udara pagi yang masih gelap langitnya. 7:19 a.m ,aku pergi 'lepak' kat masjid dulu sambil telefon mama baba, tanya khabar. Kringg kringg "Hello, assalamualaikum. Mama tengah buat apa tu?" "Siapa ni?" "Eh, ni siapa? Mama mana? Ni Kak Cah lah." "Oh, Kak Cah rupanya. Ni Kak Dil lah. Mama tengah gosok tudung kat atas. Nanti Kak Dil bagi phone kat mama." Rupanya Fadilah Nurul Iman yang angkat telefon. Terkejut aku, jam sudah menunjukkan 7:22 a.m .Lagi 8 minit nak 7:30. Budak ni memang berani betul pergi sekolah lewat². Ditutupnya pagar tu baru tahu. Terpaksalah jalan jauh masuk ikut pagar utama. Selepas je aku borak² dengan mama, aku terus pergi kafe. Aku order roti canai kosong sat...

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Hari ni lepas makan kenduri terus pergi ke KUIS. Dalam perjalanan tu baba tanya, nak makan apa? Aku kata, nak makan roti bakeri. Tak nak roti biasa. (Aku pun tak tahu apa masalah aku tadi. Pelik betul dia punya keinginan) Baba pun carilah bakeri kat kawasan depan kedai KUIS tu. Tengah duk mencari tu, ternampak lah kedai bakeri AKI 47. So, bakeri AKI 47 punya main menu dia, sudah tentulah "Roti AKI". Aku pun beli lah tadi. Satu perisa kaya dan satu perisa kacang merah. Roti AKI berharga RM 6 bagi setiap satu bekas. Ada 4 perisa, Coklat Kacang Merah Kaya Original Macam biasa, dah makan baru teringat nak ambil gambar. Glowy nahhh... Roti dia sangatlah lembut dan gebu. Senang nak mengunyah. Cumanya pilihan yang berinti dia jelah kurang. Sikit. Mungkin mereka mahu kita merasai dan menghayati roti itu dengan lebih nikmat tanpa ada ...

Pulang oh pulang ke teratak bonda di malam hari

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Aku balik rumah malam ni sebabnya ada kenduri kahwin. Bukan kenduri kahwin keluarga atau saudara mara terdekat, tapi kenduri kahwin orang yang dah banyak bantu keluarga kami masa kat Subang Jaya. Aku tak beberapa ingat sangat sebabnya kecil lagi masa tu, 7 tahun. Berbalik kepada cerita, baba suruh tunggu kat depan masjid. Aku pun pergilah ke masjid. Aku tengok ada 2-3 orang je. Selalunya pukul 10 ramai lagi orang kat masjid. Aku yang rasa tak sedap hati sebab lelaki je yang ada kat masjid, menujulah ke library. Library dah tutup tapi masih ada lagi student yang duduk kat kerusi batu depan library tu. Nak duduk situ tapi, tengok semua tengah study. Disebabkan aku rasa macam ganggu diorang study. Aku pun menuju lagi ke hadapan iaitu persiaran kuis. Walaupun tak ada orang kat situ juga. Tapi ada kereta dan student yang keluar-masuk dan lalu-lalang. Lampu pun t...

KBS SKPP9(1) ((Photo by MAMA))

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Ada je gambar yang diambil dari kamera DSLR oleh AJK Multimedia kita. Tapi, Nafisah yang tak sempat nak transfer ke dalam hard disk sendiri. So, kita layan je lah gambar yang diambil oleh MAMAKU SAYANG. Ni pun dah boleh sebenarnya walaupun banyak gambar anak sendiri. Eh, biarlah! Mama I kan?! Ni gambar masa meeting dengan pihak kantin. Dengan SisRaudun yang comel AJK Makanan Sandwich dah sampai. Jangan tanya kenapa dalam bag Skechers. Jangan malu². Baca je. Akak setia mendengar Ni anak kawan mama kita Gambar ni tak nak jadi besar. Pelik??? (garu² kepala yang tidak gatal) Alololololo comel je semua. Sumayy sibuk kat belakang. Saya mewakilkan ahli kumpulan saya. Ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam SKPP9(1). Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran yang ba...

KUIS?

Image
Assalamualaikum, semua! Ok, hari ni aku post gambar sahajalah. Tak sempat nak tulis panjang². Ni gambar² sepanjang aku di KUIS untuk semester ni

Alamak, kain saya labuh sangat! Boleh tolong jagakan?

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.  Hari ni aku nak cakap pasal main jaga2 tepi kain orang yang labuh meleret sapu lantai kaki lima. HAHAHAH (Tak lawak ke? Ok duduk diam-diam kat situ. Jangan cakap apa-apa.) Sebelum tu aku nak ucap syukur pada Tuhan. Alhamdulillah, aku masih ada kawan-kawan yang sanggup menegur aku kalau ada salah-silap semua.   Aku ada seorang brother dari Madinah. Aku kenal dia dari awal tahun 2015, dalam bulan Januari macam tu. Kami mempunyai minat yang sama iaitu khat tetapi, kalau nak dibandingkan khat dia dengan aku. Sudah tentulah dia.  Aku setakat pergi kursus khat sekali dua  then , masuk Kelab Kesenian Islam kat ABIM. Yang tak boleh blah bila aku jadi Naib Pengerusi Kelab (itu sebab, kau paling tua dalam kelab tu, Nafisah) Apa-apa pun aku tetap bersyukur, Alhamdulillah. Ok, sambung cerita.   Nak dijadikan ceritanya, aku kom...

"Baba, Dilah nak belajar jawi"

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Baba aku post gambar ni semalam.  Nama diberi Fadilah Nurul Iman. Orang kat rumah selalu panggil dia Dilah, Dill atau Kakak. Kawan-kawan dia selalu panggil Fadilah. Kalau aku, aku panggil dia Kak Dill. Kena letak gelaran 'kak' dekat dia. Supaya dia sedar yang diri dia tu juga seorang kakak macam aku. Janganlah nak mengada-ngada. Hahahahha... Tapi, Kak Dill memang seorang yang mengada-ngada. Dia suka sangat gosok-gosok badan dia kat badan aku. Dah macam kucing aku tengok. Aku dah lah alah dan menyebabkan aku takut  nak dekat dengan kucing.   Apa yang aku nampak daripada Kak Dill ni, dia seorang yang suka belajar macam aku . Dia suka pergi sekolah, suka buat kerja sekolah dan dia suka silat. Hah! Aku pun jadi takut nak kacau dia. Silap hari bulan, lebam mata aku sebelah.   So , pada suatu hari baba aku post gambar ni ...