Roti Bulat² Macam Pipi Kau
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Hari ni lepas makan kenduri terus pergi ke KUIS. Dalam perjalanan tu baba tanya, nak makan apa? Aku kata, nak makan roti bakeri. Tak nak roti biasa. (Aku pun tak tahu apa masalah aku tadi. Pelik betul dia punya keinginan)
Baba pun carilah bakeri kat kawasan depan kedai KUIS tu. Tengah duk mencari tu, ternampak lah kedai bakeri AKI 47.
So, bakeri AKI 47 punya main menu dia, sudah tentulah "Roti AKI". Aku pun beli lah tadi. Satu perisa kaya dan satu perisa kacang merah. Roti AKI berharga RM 6 bagi setiap satu bekas.
Ada 4 perisa,
Ada 4 perisa,
- Coklat
- Kacang Merah
- Kaya
- Original
Macam biasa, dah makan baru teringat nak ambil gambar. |
Glowy nahhh... |
Roti dia sangatlah lembut dan gebu. Senang nak mengunyah. Cumanya pilihan yang berinti dia jelah kurang. Sikit. Mungkin mereka mahu kita merasai dan menghayati roti itu dengan lebih nikmat tanpa ada gangguan perisa yang banyak.
Walau bagaimanapun, kedai bakeri AKI 47 juga menyediakan roti² dan kek² yang lain. Untuk tahu lebih lanjut, korang boleh tengok video yang dibuat oleh Knight Production KPTM Ipoh ni. Selamat menonton.
Comments
Post a Comment