Kembara Gontor: Kembara Ilmu ke Ponorogo, Indonesia.

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

    Assalamualaikum, bonjour 👋. I'm back after 1 year? 2 years? Wah, rupanya sudah hampir 2 tahun rupanya aku tak menulis di sini. Mungkin kerana terlalu banyak mengarang surat cinta untuk buah hati 🤮, sampaikan terlupa untuk menulis di sini 😂 Tidaklah. Aku sudah lama tidak menulis atas sebab kekangan waktu. Masa sangat mencemburui diriku. Hewhh. Oh ya, aku sudah habis Diploma dan dah masuk Degree guysss😍 Alhamdulillah, dah Tahun 2 (lompat semester). Cumanya, belum konvokesyen sahaja lagi. Sepatutnya bulan Ogos ini kami dijadualkan untuk majlis konvo tetapi memikirkan musibah yang melandai dunia sekarang ini dan juga tentang kemaslahatan ummat, maka ditunda pada tahun hadapan. Tidak mengapa, itu yang terbaik 👍

    Okay, long story short, aku sebenarnya nak post gambar-gambar ketika aku mengikuti Program Pemantapan Bahasa Arab dan Sahsiah di bumi Gontor yang diadakan di Universitas Darussalam Gontor, Ponorogo (UNIDA) selama 2 bulan pada tahun lepas. Dalam bahasa Inggeris aku terjemahkannya sebagai Arabic Spring Camp. Nak buat macam mana, aku ditugaskan untuk buat resume dalam bahasa Inggeris oleh pensyarah matapelajaran Workplace Communication Skills. Jadi, hentam sahajalah ya nak terjemahnya bagaimana.😅

    Pada bulan Mac 2019, aku telah menyertai program ini bersama 21 orang lagi mahasiswa/wi KUIS yang datang dari pelbagai latarbelakang, fakulti dan beberapa lagi perbezaan. Tetapi, kami mempunyai satu tujuan. Hah, apa dia? Jengg jengg jengg... (kau ingat ni blog kanak-kanak ke? nak ber'jeng-jeng' bagai😅)

    Kami tidak dibenarkan untuk membawa alat elektronik dan gadget, cuma beberapa wakil sahaja yang dibenarkan seperti rois, roisah dan beberapa peserta yang lain. Menurutku, masih banyak lagi gambar yang belum diambil dan dipindahkan ke laptopku tetapi, tak mengapalah. Ini pun sudah memadai. Aku post sahajalah ya dan cerita serba sedikit di caption. Sebenarnya, aku sudah serba sikit lupa. Hahahaha.. mungkin kerana telah setahun berlalu. Tapi, inshaAllah momen-momen indah masih terpahat di benak mindaku. Cieeeeee. hewhh

Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Juanda.
Aku masih malu-malu ketika ini. Cuma kenal si Munirah sahaja.
Itu pun kerana kami sama-sama satu kumpulan Silat.
(Cuba cari yang mana satu aku?3_3)


Diajak bergambar. Nahhh, find me. 
Rooftop view dari gedung utama

Hari pertama di UNIDA. Macam rombongan mak-mak aji nak naik haji pula 👵

MashaAllah. Subhanallah. Cantik kan pemandangan dari bumbung gedung utama UNIDA ini.
Time ni, aku betul-betul feeling macam watak anime tengah sarapan kat atas bumbung sekolah 😂

Acara silaturahim bersama mahasiswa/wi Malaysia dari UNIDA, KUIS dan UPM
di Hall UNIDA Inn Universiti Darussalam Gontor
(Sumber: IG PKPMI Ponorogo)
Cakap apa bang?
Here we go! Find me, yukk 3_3

Silaturrahim ke Pondok Pesantren Wali Songo Ngabar.
Jangan tanya daku di mana? 😂
Panjang kisahnya di sini. Kami lost😅

Pondok Pesantren Wali Songo Ngabar. Cantikkan masjid mereka 😍💗

Oh di sini, aku bertemu dengan kenalan baru. Alhamdulillah, masih berteman sampai sekarang. Katanya 'Aini mahu kuliah di Malaysia. Doakan beliau ya sahabat-sahabat semua. Semoga selepas pengabdian/berkhidmat di pondoknya, beliau dapat mencari ilmu di sini dan di tempat yang diingininya. Aaamiiin...

Oklah, sampai sini dahulu sebab drama 7 Hari Mencintaiku Season 2 dah mula. InshaAllah aku akan sambung kisah tentang pengembaraanku (pengembaraankah? hehehehe) pada part seterusnya. InshaAllah kalau ada masa nanti.. Jumpa lagi. xoxoxo

Comments

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah