Posts

Showing posts from November, 2011

Pashmina ooo Pashmina

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamu'alaikum. kawan-kawan yang Nafisah kasihi dan sayangi. Kamu semua tahu tak fasal tudung 'Pashmina'? Hari ini, Nafisah kemas almari baju. Nafisah jumpa 5-6 helai selendang pashmina yang masih dalam plastic.  Pashmina ni jenis labuh. Memang sesuai untuk Nafisah. Nafisah cuba laa try pakai. Belit punya belit tetapi, tak menjadi Nafisah cuba search kat youtube, 'tutorial pakai pashmina' tetapi, semuanya tak menetapi syarat-syarat menutup aurat dalam Islam. Nafisah nak juga pakai ikut fesyen walaupun ramai orang kata Nafisah lebih sesuai pakai tudung turki. Nampak manis dan comel Betul ke? (hahaha, dah tersasar dari topik yang sebenar) Nafisah tak putus asa. Nafisah search pula 'pashmina labuh' kat youtube dan . . . JUMPA . Alhamdulillah, tetapi yang Nafisah terkejutnya bila terjumpa tutorial pashmina labuh yang dibuat oleh senior Nafisah, kak Firzanah Mohamed . Best! Cantik cara kak Zana pakai,

Mawar Afnan

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم It is a way to life. I LOVE ISLAM Assalamu'alaikum Hah, Nafisah ada cerita untuk kawan-kawan semua. Tajuk post hari ini adalah ' Mawar Afnan '. Hah, kawan-kawan nak tahu tak, siapa dia Mawar Afnan itu. Mawar Afnan itu ialah saya. Mama saya yang bagi. Cantikkan nama itu tetapi, baba saya bagi nama yang lagi cantik dan indah maksudnya. Nafisatul Ilmi itulah nama saya sekarang Maksud Mawar Afnan ialah hiasan,keindahan,menewaskan lawan (maksud Afnan je... Maksud Mawar, bunga mawar laa..) Maksud nama saya sekarang, Nafisatul Ilmi ialah Pendukung Ilmu Yang Agung. Cantik tak? Sebaik-baiknya berilah nama kepada anak-anak mu, nama yang baik maksudnya, indah didengar, mudah diingati dan mempunyai erti dan kehendak Islam

Hamza Namira

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamu'alaikum, sekarang ni Nafisah suka dengar lagu-lagu dari arab.Lagunya dalam bahasa arab.Nafisah taklah beberapa faham walaupun Nafisah dilahirkan di Mesir (lupa) Antara penyanyi arab yang Nafisah suka iaitu Hamza Namira. I like (hahaha) Bukan lah, jangan fikir bukan-bukan. Nafisah cuma suka lagunya Antara lagunya adalah Ehlam Ma'aya (dream with me) , Ihsaan, Hila Hila Ya Mathar (come down O rain). Itulah antara lagu Hamza Namira. Pergilah search kat youtube Opps, Nafisah lupa nak pesan. Ingat tau, jangan tinggal solat ya sahabat-sahabatku yang ku kasihi dan ku sayangi Irfan Makki pun best juga..

Baba, my beloved baba.

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalamu'alaikum, ke hadapan kawan-kawan yang ku sayangi sekalian (haha, macam nak tulis surat tak rasmi pula) Hah,Nafisah nak cerita ni. Baba Nafisah yang berada di Mekah akan balik ke Malaysia pada 1 Disember 2011 bersamaan dengan 6 Muharram 1433 Hijr . Jadi, kepada kawan-kawan Nafisah yang nak ajak Nafisah jalan-jalan makan angin ke? (siapa yang nak ajak awak, Cik Nafisah oiii?) Minta maaf Nafisah tak mahu ikut. Harap maklum. Baiklah, kawan-kawan. Cuti sekolah pula, Nafisah harap kamu semua tak lupa ulangkaji juga ya. Cuti-cuti juga tetapi, jangan sampai lupa nak baca buku.