Pashmina ooo Pashmina


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum. kawan-kawan yang Nafisah kasihi dan sayangi.
Kamu semua tahu tak fasal tudung 'Pashmina'? Hari ini, Nafisah kemas almari baju. Nafisah jumpa 5-6 helai selendang pashmina yang masih dalam plastic. Pashmina ni jenis labuh. Memang sesuai untuk Nafisah. Nafisah cuba laa try pakai. Belit punya belit tetapi, tak menjadi:face63:
Nafisah cuba search kat youtube, 'tutorial pakai pashmina' tetapi, semuanya tak menetapi syarat-syarat menutup aurat dalam Islam. Nafisah nak juga pakai ikut fesyen walaupun ramai orang kata Nafisah lebih sesuai pakai tudung turki. Nampak manis dan comel :face40: Betul ke? (hahaha, dah tersasar dari topik yang sebenar)
Nafisah tak putus asa. Nafisah search pula 'pashmina labuh' kat youtube dan . . . JUMPA .
Alhamdulillah, tetapi yang Nafisah terkejutnya bila terjumpa tutorial pashmina labuh yang dibuat oleh senior Nafisah, kak Firzanah Mohamed. Best! Cantik cara kak Zana pakai, labuh depan dan belakang.
Mama suka bila tengok anaknya masih mengikut syarat menutup aurat yang sempurna walaupun berfesyen. Baba belum tengok lagi. I'm waiting! Baba balik 1 Disember ni..

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah