Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

    Assalamualaikum, annyeonghaseyo 👋. Pada part kali ini, aku akan menceritakan tentang pelajaran Nisaiyah. Jadi, apa itu pelajaran Nisaiyah? Pelajaran ini bagi mendedahkan pelajar perempuan tentang ilmu-ilmu keputrian seperti memasak, menjahit, tatarias, penjagaan diri, fikih wanita dan banyak lagi.

    Kami dibekalkan dengan beberapa buku materi. Aku tak ingat samada kami habiskan semua jilid atau tidak. Bear on mind ya, ini pengalaman tahun lepas. Jadi ingat,ingat,lupa 😂 Bagi aku sangat penting ilmu nisaiyah ini, supaya dapat melahirkan wanita yang berdikari pada masa akan datang.

    Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa ibu adalah madrasah pertama bagi anak (al-Ummu Madrasah al-Ula). Jadi, apa kaitannya dengan ilmu Nisaiyah? Pendapatku lagi, perempuan itu perlu bersedia dengan baik untuk menjadi seorang ibu kerana selain bapa, ibu juga berperanan penuh dan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melahirkan generasi umat yang terbaik pada masa akan datang. Okaylah, tanpa membuang masa, aku post gambar-gambar ketika aktiviti Nisaiyah berjalan buat tatapan kalian semua.
Buka puasa di rumah Ustazah Indri

Rindu donat Ustazah Indri (Cer teka tangan-tangan siapa tu?)

Dari kami kumpulan Nisaiyah Ustazah Indri, ustazah
dan anak-anak ustazah, Adzka, Neelouvar dan Archer
Ini kami belajar buat DIY Barbie Candy. 


KG5 bersama ustazah-ustazah

Ustazah-ustazah kesayangan

Fokus yaa semua. Bagus 👍

Hasilnya

    Ada lagi sebenar aktiviti yang kami lakukan. Antaranya perkongsian ilmu, tutorial Make-up Natural, perawatan bayi dan belajar masakan Indonesia iaitu pempek/mpek-mpek/empek-empek. Tapi, aku tak jumpa gambar-gambarnya kat mana 😂 Almaklumlah, sudah setahun berlalu tapi baru nak post. Seharusnya lepas jejak kaki di Malaysia, aku kena segera post.

Sampai sini sahajalah untuk post kali ini. Jumpa lagi di bahagian yang seterusnya 💋💋💋

Comments

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau