Posts

Showing posts from June, 2011

Tentera Bergajah

Surah al-Fil Abrahah al- Habsyi Yaman- sebuah negeri di selatan Semenanjung Arab terletak di bawah taklukan Kerajaan Habsyi. Kerajaan Habsyi beragaam Kristian. Abrahah bin al-Asbah al-Asyram adalah wakil raja atau pun gabenor di wilayah itu. Dia adalah seorang yang digambarkan sebagai lelaki berkulit hitam , berambut kerinting, berbibir tebal dan bertubuh besar. Dia juga beragama Kristian yang ortodoks sehingga benci kepada penganut agama lain. Pembinaan gereja Penduduk Yaman sentiasa pergi menziarahi Kaabah pada setiap awal musim. Mereka sanggup mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan dengan membawa pelbagai hadiah. Kesusahan itu akan terubat setelah sampai ke tempat yang di tuju itu. Sehinggalah Abrahah merasa pelik dan terlontarlah sebuah soalan daripadanya; Bagaimanakah bentuk binaan yang menjadi tarikan orang-orang Arab itu? Jawapannya yang didengarnya ialah” Ianya sebuah binaan yang sederhana. Tidak ada ukiran mahupun hiasan. Telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ism

19 JUN...

Image
19 Jun adalah hari lahir Nafisatul Ilmi. Keluarga saya tidak buat meriah sangat. Cuma acara potong kek dan makan kek. Ayah saya tiada, dia pergi Pulau Pinang ada Muzakarah Haji. Hadiah, nanti Nafisatul Ilmi bagitahu. Hari ini umur saya sudah 13 tahun. ''May Allah bless Nafisatul Ilmi Binti Haji Zamri''. Amin.....

Pat Bing Soo

Image
Pat Bing Soo adalah 'dessert' Korea.(diatas ini adalah gambar yang saya cari di google, tak sempat nak muat naik gambar) Assalamualaikum, hari ini saya ingin bercerita. Biasalah kalau cuti penggal ni mesti guru-guru akan kata kepada anak muridnya jangan lupa ulangkaji tetapi, jangan asyik ulangkaji sahaja. Jangan salah faham, saya bukannya menghalang anda daripada mengulangkaji pelajaran. Maksud saya, janganlah asyik baca buku. Kita kenalah membuat aktiviti. Okeylah, balik kepada tajuk yang ingin saya cerita pada hari ini. Seperti biasa, ayah dan ibu saya pergi bekerja. Tinggalah saya dan adik-adik. Hari itu, saya berasa sedikit bosan. Sedang saya berfikir ingin buat apa pada hari itu tiba-tiba, adik saya berkata " Kak Cah, Mayyah nak aiskrim". Saya pun mebuka peti ais dan saya lihat ada satu bekas aiskrim. Saya terasa ingin membuat sesuatu. Saya lihat ada b