Pat Bing Soo

Pat Bing Soo adalah 'dessert' Korea.(diatas ini adalah gambar yang saya cari di google, tak sempat nak muat naik gambar)


Assalamualaikum,
hari ini saya ingin bercerita. Biasalah kalau cuti penggal ni mesti guru-guru akan kata kepada anak muridnya jangan lupa ulangkaji tetapi, jangan asyik ulangkaji sahaja. Jangan salah faham, saya bukannya menghalang anda daripada mengulangkaji pelajaran. Maksud saya, janganlah asyik baca buku. Kita kenalah membuat aktiviti. Okeylah, balik kepada tajuk yang ingin saya cerita pada hari ini.

Seperti biasa, ayah dan ibu saya pergi bekerja. Tinggalah saya dan adik-adik. Hari itu, saya berasa sedikit bosan. Sedang saya berfikir ingin buat apa pada hari itu tiba-tiba, adik saya berkata " Kak Cah, Mayyah nak aiskrim". Saya pun mebuka peti ais dan saya lihat ada satu bekas aiskrim. Saya terasa ingin membuat sesuatu. Saya lihat ada buah tomato, pisang, kiwi, tembikai, mangga dan epal.

Saya pergi ke rak dapur yang terletaknya mesin pengisar. Saya potong kesemua buah yang ada itu dan campurkan kesemuanya ke dalam mesin pengisar dan campur sedikit ais. Saya letakkan sesenduk aiskrim.Saya hiaskan dengan coklat urai dan potongan buah yang comel. Akhirnya siaplah Pat Bing Soo yang dibuat oleh saya.

Comments

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah