Tentera Bergajah

Surah al-Fil


Abrahah al- Habsyi
Yaman- sebuah negeri di selatan Semenanjung Arab terletak di bawah taklukan Kerajaan Habsyi. Kerajaan Habsyi beragaam Kristian. Abrahah bin al-Asbah al-Asyram adalah wakil raja atau pun gabenor di wilayah itu. Dia adalah seorang yang digambarkan sebagai lelaki berkulit hitam , berambut kerinting, berbibir tebal dan bertubuh besar. Dia juga beragama Kristian yang ortodoks sehingga benci kepada penganut agama lain.

Pembinaan gereja
Penduduk Yaman sentiasa pergi menziarahi Kaabah pada setiap awal musim. Mereka sanggup mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan dengan membawa pelbagai hadiah. Kesusahan itu akan terubat setelah sampai ke tempat yang di tuju itu. Sehinggalah Abrahah merasa pelik dan terlontarlah sebuah soalan daripadanya; Bagaimanakah bentuk binaan yang menjadi tarikan orang-orang Arab itu? Jawapannya yang didengarnya ialah” Ianya sebuah binaan yang sederhana. Tidak ada ukiran mahupun hiasan. Telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail alaihimas salam. Maka terniatlah di fikiran Abrahah untuk memalingkan orang-orang arab daripada Kaabah .Dia telah membina sebuah gereja besar yang dinamakan al-Qullais. Pembinaan gereja tersebut adalah untuk menandingi Kaabah di Mekah . Di penuhi ukiran-ukiran dan perhiasan yang mahal-mahal. Tetapi usahanya itu tidak membuahkan hasil. Penduduk Yaman tetap ke Mekah seperti biasa.

Kemarahan
Niat Abrahah itu untuk meluaskan kuasa taklukan agama Nasrani dari Yaman dan bersambung hingga ke Wilayah Syam. Dengan secara tidak langsungnya dapat menaikkan namanya di mata Raja Habsyah dan seluruh penganut Kristian. Dia telah menulis spucuk surat kepada raja Najasyi untuk memberitahu hasratnya itu. Pada suatu hari salah seorang penduduk Arab telah membuang najis di dalam gereja tersebut. Mereka mengotorinya disebabkan perasaan marah apabila mengetahui niat sebenar Abrahah lalu dia bertanya dengan perasaan marah yang membuak-buak, “ Siapakah yang berani mengotori gereja itui?” Lalu di jawab oleh salah seorang pembesar-pembesarnya. “ Orang yang mendapat tahu maksud tuan untuk memalingkan penduduk arab daripada Kaabah. Mereka marah dan melakukan perkara tersebut untuk menunjukkan kepada tuan bahawa gereja itu tidak layak menggantikan Kaabah yang mereka agung-agungkan.” “Sediakan angkatan perang aku akan pergi meruntuhkan Kaabah itu” Abrahah bersumpah dengan kemarahannya yang memuncak. Lalu dikatakan angkatan tentera itu berjumlah seribu orang.

Gajah
Angkatan itu diketuai Abrahah sendiri yang menaiki seekor gajah yang bernama “Mahmud”.Ada pendapat yang mengatakan angkatan itu mempunyai 12 ekor gajah.. Penggunaan gajah itu adalah untuk menimbulkan perasaan gerun dan takut di kalangan penduduk arab yang menyanjungi Kaabah. Agar mereka takut untuk menyerang angkatan Abrahah itu. Lagi pun gajah seperti yang kita ketahui mempunyai badan yang besar , kuat serta berkulit tebal yang dapat menghalang anak panah dari mengenainya. Gajah juga adalah lambang kegagahan dan kekuatan. Pada fikiran Abrahah dia dapat meruntuhkan Kaabah dengan mudah dan senang.

Dalam perjalanan
Pada hari yang telah ditentukan, maralah tentera bergajah Abrahah menuju Mekah. Bagai di landa gempa bumi tanah-tanah yang di pijak dek besarnya angkatan itu yang juga disertai oleh gajah-gajah yang sasa. Ada juga di kalangan puak-puak Arab cuba keluar melawan tentera Abrahah demi mempertahankan Kaabah tetapi dengan mudah di tundukkan oleh Abrahah lalu mereka menyerah kalah dan menjadi tebusan. Kata mereka “Janganlah di bunuh kami mungkin kami boleh dijadikan petunjuk jalan ke Mekah”.Apabila sampai ke suatu tempat Yang bernama Mungammis berhampiran dengan Mekah, mereka berhenti dan Abrahah menghantar seorang utusan ke Mekah.

Di Mekah
Apabila utusan itu sampai ke Mekah dia merampas binatang ternakan penduduk Mekah termasuklah 200 ekor unta milik Abdul Mutalib bin Hasyim . Ini mendatangkan kemarahan penduduk Mekah, mereka ingin berperang untuk mempertahankan hak masing-masing serta Kaabah. . “ Kita tidak mampu untuk mengalahkan tentera-tentera itu, kita serahlah perkara ini kepada Allah tuan punya rumah, jikalau Allah menghendaki rumahnya binasa, apakan daya kita kerana kita sendiri tidak mempunyai cukup kekuatan berbanding dengan mereka.” Kata Abdul Mutallib.Setelah para pembesar bermesyuarat mereka bersepakat untuk tidak melawan. . Kemudian Abrahah menghantar utusan kedua dengan berpesan “ Kami datang bukan untuk memerangi kamu tetapi hanya untuk meruntuhkan Kaabah, oleh itu hantarlah seseorang pemimpin di antara kamu menemuiku.” Lalu Abdul Mutalib menemui Abrahah untuk berunding.


Tuntutan al-Mutalib
Abdul Muttalib mempunyai perawakan menarik. Sebaik sahaja melihat Abdul Muttalib masuk mengadap, Abrahah yang sombong itu dengan sendirinya turun daripada tahtanya untuk meyambut Abdul Muttalib. Dan bersama-sama duduk di atas hamparan berdekatan dengan Abdul Muttalib. Lalu Abrahah bertanya dengan perantaraan penterjemah, “Apakah hajatmu kemari?” Lalu jawab Abdul Muttalib, “ Aku ke sini untuk menuntut kembali 200 ekor unta yang dirampas.

Maka hairanlah Abrahah, “ Itu sahaja yang engkau minta. Iaitu berkenaan 200 ekor unta yang dirampas. Tidak menyebut langsung tentang rumah ibadat agamamu dan agama nenek moyangmu? Dia merasa Abdul Muttalib amat kecil sedangkan sebelum itu dia amat terpesona dengan rupa dan sikap Abdul Muttalib sebaik sahaja pertama kali melihatnya.

Maka Abdul Muttalib menjawab “ Aku tuan punya unta-unta itu. Sedangkan rumah itu ada yang memilikinya iaitu Allah. Maka itu adalah urusan-Nya. Tetapi dengan angkuh Abrahah menjawab “Allah sendiri tidak dapat menahan keinginanku.” Lalu Abdul Muttalib tegas berkata “Itu urusan tuan , sedangkan aku ke mari hanya untuk menguruskan untaku sahaja”. Maka unta Abdul Muttalib itu dikembalikan kepadanya. Kemudian Abdul Muttalib segera kembali ke Mekah dan dia menuju ke Kaabah. Lalu Dia memegang gelang pintu Kaabah seraya berseru, mengadu dan bermunajat kepada Allah. Selepas itu dia mengarahkan semua penduduk Mekah agar pergi berlindung di bukit bukau sekitar Mekah agar terselamat dari tentera bergajah Abrahah itu.

Gajah, Burung-burung Ababil serta batu-batu dari neraka
Pada keesokan harinya, Gajah yang bernama Mahmud itu di arah bangun menuju Mekah untuk mengetuai angkatan tentera itu. Tetapi sesuatu telah berlaku, Mahmud tidak mahu menuju Mekah! Tetapi apabila di tarik menghala pulang, dengan segera dia melangkah pergi. Begitu juga bila ditarik menuju timur atau barat. Dia mengikut sahaja. Tetapi apabila di hala perjalanannya ke arah Mekah dia kembali duduk berdiam diri. Dalam keadaan demikian tiba- tiba nampaklah diudara, sekumpulan burung-burung berwarna hitam datang dari arah laut. Dalam keadaan tentera yang terpinga-pinga itu, burung-burung yang berduyun-duyun itu menjatuhkan batu- batu kecil yang boleh menembusi kulit. Di katakana setiap sesekor burung itu , mereka membawa 3 biji batu. Satu di paruh dan dua biji lagi di kaki. Maka bertempiaran lari lah tentera-tentera itu menyelamatkan diri.. Sesiapa yang terkena batu itu pasti cedera. Walaupun ada yang sempat melarikan diri , mereka rebah di tengah jalan. Abrahah sendiri walaupun sempat melarikan diri dengan gajahnya tetapi tergelupas kulitnya dan gugur dagingnya yang akhir mati dalam kehinaan. Keadaan tubuh mereka berlubang-lubang bagai daun di makan ulat. Tetapi kehendak Allah tetap kehendak Allah. Ada juga yang tidak terkena lontaran batu dari burung-burung itu. Dan bagi mereka ia adalah peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Dan menjadi saksi kepada orang lain.

Begitulah kesombongan dan keangkuhan Abrahah terbalas apabila dia mengatakan bahawa Allah tidak dapat menahan kehendaknya untuk meruntuhkan Kaabah. Tetapi Allah menangkis serangannya hanya menggunakan burung-burung yang kecil berkali ganda dengan gajah yang hebat itu.

Peristiwa itu juga sebagai tanda mukjizat Nabi Muhammad SAW walaupun sebelum kelahirannya. Di katakana Nabi lahir 50 hari setelah peristiwa itu yang di kenali sebagai tahun gajah. Datuknya terlibat secara langsung dalam urusan tersebut dengan secara tidak langsungnya mengangkat kemuliaan dan dan kehebatan kaum Quraisy. Sesungguhnya hikmah di sebalik peristiwa itu sungguh besar sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah