Pulang oh pulang ke teratak bonda di malam hari

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Aku balik rumah malam ni sebabnya ada kenduri kahwin. Bukan kenduri kahwin keluarga atau saudara mara terdekat, tapi kenduri kahwin orang yang dah banyak bantu keluarga kami masa kat Subang Jaya. Aku tak beberapa ingat sangat sebabnya kecil lagi masa tu, 7 tahun.

Berbalik kepada cerita, baba suruh tunggu kat depan masjid. Aku pun pergilah ke masjid. Aku tengok ada 2-3 orang je. Selalunya pukul 10 ramai lagi orang kat masjid.

Aku yang rasa tak sedap hati sebab lelaki je yang ada kat masjid, menujulah ke library. Library dah tutup tapi masih ada lagi student yang duduk kat kerusi batu depan library tu. Nak duduk situ tapi, tengok semua tengah study.

Disebabkan aku rasa macam ganggu diorang study. Aku pun menuju lagi ke hadapan iaitu persiaran kuis. Walaupun tak ada orang kat situ juga. Tapi ada kereta dan student yang keluar-masuk dan lalu-lalang. Lampu pun terang benderang kat situ. 

Aku pun menunggu baba di situ. Baba kata lepas je dari pos pengawal, baba nampak dah aku. 😂😂😂

Muka mengantuk sangat. 😴😴😴


Comments

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah