Alamak, kain saya labuh sangat! Boleh tolong jagakan?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

 Hari ni aku nak cakap pasal main jaga2 tepi kain orang yang labuh meleret sapu lantai kaki lima. HAHAHAH (Tak lawak ke? Ok duduk diam-diam kat situ. Jangan cakap apa-apa.) Sebelum tu aku nak ucap syukur pada Tuhan. Alhamdulillah, aku masih ada kawan-kawan yang sanggup menegur aku kalau ada salah-silap semua. 

 Aku ada seorang brother dari Madinah. Aku kenal dia dari awal tahun 2015, dalam bulan Januari macam tu. Kami mempunyai minat yang sama iaitu khat tetapi, kalau nak dibandingkan khat dia dengan aku. Sudah tentulah dia.  Aku setakat pergi kursus khat sekali dua then, masuk Kelab Kesenian Islam kat ABIM. Yang tak boleh blah bila aku jadi Naib Pengerusi Kelab (itu sebab, kau paling tua dalam kelab tu, Nafisah) Apa-apa pun aku tetap bersyukur, Alhamdulillah. Ok, sambung cerita. 

 Nak dijadikan ceritanya, aku komen gambar khat dia kat Instagram. Aku komen "wow". Brother ni dengan rendah dirinya, dia reply komen aku dengan,
"Thank you. It's better to say MashaAllah rather than saying "Wow". 😄"

Hehehe.. Sentap mak dengar oii. Malu juga aku tapi, aku cepat sedar. Aku pun balas "Hehehe... Sorry brother, I'll remind myself. Thank you for correcting me" . Nampak tak? Aku tak kisah pun orang tegur aku. Malah berterima kasih lagi. Bukan nak riak ke apa? Cuma nak kongsikan dengan anda semua bagaimana sikap toleransi sesama saudara Islam tak pun sesama manusia.


 Ya, aku tahu! Mesti korang nak kata "Aku malas lah nak jaga tepi kain orang, nanti mereka kata aku ni bajet alim, bajet baik" tak pun korang nak kata "Nanti dia orang suruh balik rumah tengok cermin. Cermin diri sendiri dulu".


 Eh, BIARKAN! Biar mereka semua kata kau bajet baik, bajet alim, bajet bil air, bajet bil elektrik, bajet belanja dan segala bajet di dunia ini. Biar mereka semua suruh kau balik rumah tengok cermin sisi kereta ayah kau, cermin bilik air, cermin meja solek mak kau dan cermin mata datuk nenek kau. Sekali lagi aku katakan, BIARKAN


 Mereka semua yang tidak boleh ditegur/dinasihati atau tidak mahu mendengar teguran/nasihat ini nak tunggu sampai bila baru boleh? Nak tunggu orang yang betul-betul baik yang datang nasihat korang? Huh. Sampai kiamatlah kau tak akan dengar nasihat dan terima teguran orang.


 Kita semua manusia. Tidak lekang dari membuat kesilapan. Tetapi, kita boleh ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Ingat, nak masuk syurga jangan seorang diri. Ajaklah teman-temanmu. (Teringat kat sahabat-sahabat di ABIM. Selalu guna ayat ni) So, macam mana nak ajak? Tegurlah dia dan nasihatilah dia. Kalau dia tak mahu dengar juga? Kita kan ada tiga cara. Pertama, lisan. Kedua, tangan. Ketiga, hati.


P/s: Dengan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatku di SK Seksyen 19 Subang Jaya, SK Kampong Pek Machang Kelantan, SK Putrajaya Presint 8(2), SMK Putrajaya, Presint 11(1), Madrasah Hafizah TAMAM Bangi, dan SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam. Terima kasih kerana menegurku dikala aku melakukan kesilapan dan kesalahan. Kamu semua mengajar aku makna kehidupan. Terima kasih. (Ok, aku buat ayat sedih. Terharu dak? Korang pun entah nak baca ke tidak.)




"Ubah ke arah kemajuan bukan kemunduran!" -Professor Madya Dato' Dr. Ustazah Nafisah-

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah