Bila cuti sekolah bermula #2

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Hari ini, saya kemas meja belajar. Bukan apa, kan minggu lepas says ada peperiksaan pertengahan tahun. Jadi, saya selalu belajar lepas tu letak di tempat yang tak berkenaan. Contohnya, buku Bahasa 'Arab di letak bersama kamus di bahagian kamus. Komik M bercampur aduk dengan buku revision (nak hilangkan tekanan kerana tidak dapat memahami rumusan formula Matematik, sebab tu baca komik) . Jadi, cuti sekolah ni. Marilah kita 'rajin' sikit. Jom tengok meja saya sebelum dan sekarang.

Saya bukan nak tunjuk gambar adik saya. Saya nak tunjuk meja belakang tu
Hahaha.. Lihatlah, anak dara ini sungguh tak pandai mengemas. Sampaikan buku atas katil.
Lihatlah itu. Betapa kejamnya adikku mengoyakkan kertas KOMSAS  T,T
Okey, sekarang jom tengok selepasnya. (owh, my face blushing) Kalau dah tengok nanti jangan puji tahu. =)

LUKIS,LUKIS,LUKIS.

Hohoho... (saja nak tunjuk perfume dan minyak atar saya) Minyak atar ekstrak air zam-zam tu!

Blablablabla... (tak tahu nak cakap apa)

_ _ _ _ _ _  (ni pun tak tahu nak cakap apa)
Koleksi KOMIK M saya (eh, GEMPAKTARZ pun M?)
 Hah, ini koleksi komik M saya sahaja. Adik-beradik saya ada lagi. Kalau campur,tolak,darab,bahagi semua. Jumlahnya memang banyak =)
Abaikan beg kat bawah tu. Tak tahu nak letak kat mana?

Zikir Harian di tampal pada dinding supaya saya sering ingat untuk berzikir =)

Banyak tak tabung syiling saya? Tu baru yang atas meja. Yang dalam almari belum kira lagi berapa. 
 Banyakkan? Nak curi? Boleh... tapi, kena mengharungi pelbagai cabaran seperti, kena gigit dengan tikus, kena kejutan elektrik dan ... banyak lagi. :)
Saya ada projek dengan baba saya untuk terjemah buku ini ke Bahasa Melayu =)

Nahu Bahasa 'Arab di tampal supaya saya ingat (saya suka benda tampal-tampal)

Projek seni =)
Okeylah, kawan-kawan dah tengokkan. Jadi, bagaimana? Sila beri komen anda. Supaya saya dapat upgrade bilik saya dan tempat belajar saya.
Sebagai penutup, Nafisah tunjukkan gambar adik saya yang COMEL BAIK ini.
MARYAM MUNIRAH (comel ke?)



Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah