Pagi nan indah, di kafe Mak
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Hi friends ! Assalamualaikum. Hari ni lepas je solat Subuh. Aku terus bersiap, nak keluar cari makan sambil tu hirup udara pagi yang masih gelap langitnya. 7:19 a.m ,aku pergi 'lepak' kat masjid dulu sambil telefon mama baba, tanya khabar. Kringg kringg "Hello, assalamualaikum. Mama tengah buat apa tu?" "Siapa ni?" "Eh, ni siapa? Mama mana? Ni Kak Cah lah." "Oh, Kak Cah rupanya. Ni Kak Dil lah. Mama tengah gosok tudung kat atas. Nanti Kak Dil bagi phone kat mama." Rupanya Fadilah Nurul Iman yang angkat telefon. Terkejut aku, jam sudah menunjukkan 7:22 a.m .Lagi 8 minit nak 7:30. Budak ni memang berani betul pergi sekolah lewat². Ditutupnya pagar tu baru tahu. Terpaksalah jalan jauh masuk ikut pagar utama. Selepas je aku borak² dengan mama, aku terus pergi kafe. Aku order roti canai kosong sat...