Sahabat dan laman sosial...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Nafisah buat BLOG pada tahun 2008. Ketika itu, umur Nafisah 10 tahun. Nafisah tak post apa-apa pun pada blog Nafisah. Mama Nafisah yang buatkan blog ini. Jadi, Nafisah rasa mama Nafisah laa yang patut post pada blog ini.Sampailah Nafisah berusia 12 tahun. Kawan Nafisah semua ada blog. Jadi, Nafisah pun mintalah link-link blog mereka. Nafisah pun cuba memerah otak untuk menulis di dalam blog ini. Sebab tidak mahu kawan-kawan Nafisah di sekolah kata "Nafisah, mana post kau? Aku nak baca post kau" . Demi sahabat, aku sanggup membersihkan blog yang bersawang. Tak pergi sekolah seminggu sebab selesema. Nafisah buka akaun FACEBOOK pada tahun 2009. Ketika itu, umur Nafisah 11 tahun. Nafisah buat sahaja. Lepas itu tinggal. Rasa tak useful sahaja facebook pada masa itu. Berhabuklah facebook! Sampailah Nafisah masuk ke sekolah menengah. Kawan-kawan Nafisah semua...