Sahabat dan laman sosial...

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Nafisah buat BLOG pada tahun 2008. Ketika itu, umur Nafisah 10 tahun. Nafisah tak post apa-apa pun pada blog Nafisah. Mama Nafisah yang buatkan blog ini.  Jadi, Nafisah rasa mama Nafisah laa yang patut post pada blog ini.Sampailah Nafisah berusia 12 tahun. Kawan Nafisah semua ada blog. Jadi, Nafisah pun mintalah link-link blog mereka. Nafisah pun cuba memerah otak untuk menulis di dalam blog ini. Sebab tidak mahu kawan-kawan Nafisah di sekolah kata "Nafisah, mana post kau? Aku nak baca post kau".
Demi sahabat, aku sanggup membersihkan blog yang bersawang. Tak pergi sekolah seminggu sebab selesema.
 Nafisah buka akaun FACEBOOK pada tahun 2009. Ketika itu, umur Nafisah 11 tahun. Nafisah buat sahaja. Lepas itu tinggal. Rasa tak useful sahaja facebook pada masa itu. Berhabuklah facebook!
 Sampailah Nafisah masuk ke sekolah menengah. Kawan-kawan Nafisah semua message pada Nafisah. Mereka kata, "Acceptlah aku jadi friend kau kat facebook. Boleh kita berhubung walaupun dah berpisah". Almaklumlah, ada pergi MRSM,SBP, dan ada yang sekolah kat Putrajaya tapi Presint lain. Contohnya, Nafisah sekolah rendah di SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi, sekolah menengah di SMK Putrajaya Presint 11(1). Nafisah pun bukalah facebook Nafisah dan terima mereka jadi kawan. Banyak betul request. Lebih 90! Hahaha... Jakun betul cik Nafisah ni.
Demi sahabat, aku sanggup pergi request new password sebab lupa password!
 Nafisah buka akaun TWITTER pada tahun lepas (2011). Ketika itu, umur Nafisah ... (congak sendiri!) Sama dengan perasaan ketika buka akaun facebook iaitu, rasa tak berguna sahaja. Nafisah tak tahu nak follow siapa? Jadi, Nafisah pun tinggal lah twitter. Tak sempat twitter nak berdebu, kawan Nafisah post kat wall facebook Nafisah. Dia kata, "Nafisah, aku dah follow kau kat twitter. Kenapa tiada tweet? Bukalah twitter tu. Jangan biarkan dia bersawang. Kesian dia". Nafisah pun bukalah twitter dan follow kawan Nafisah itu balik.
Demi sahabat, aku sanggup memerah otak untuk post tweet dan tekan follow button
 Tetapi...

Maafkan aku sahabat. Aku dah tak larat. Aku lihat laman sosial sekarang ini bukan lagi tempat untuk berhubung dengan kawan lama atau baru. Malah menjadi tempat untuk bergaduh, bergosip, mengutuk, mengumpat dan perkara yang tidak baik.

Kalau nak berhubung dengan Nafisah. Send email sahaja lah. Kalau hantar surat. Nafisah tak rasa kawan-kawan rajin nak mengarang. Hehehe... Itu sahajalah.

Popular posts from this blog

Roti Bulat² Macam Pipi Kau

Kembara Gontor: Pelajaran Nisaiyah